si pejalan kaki

Thursday, May 27, 2010

ku bersyukur

Alhamdulillah!!
ku rafakkan rasa syukur ku kehadrat allah yang maha agung, pemilik alam semesta, pentadbir alam, perancang seluruh rancangan keran memberi kesempatan kepada diriku yang lemah ini untuk membuka lembaran blog untuk kongsian informasi bersama-sama sahabat yang mengenali diriku yang hina ini.

kenapa diriku memilih si pejalan kaki sebagai tajuk di dashboard ni adalah kerana ingin memberi peringgatan kepada diri dan sahabat tentang perjalanan kita di bumi allah yang penuh dengan cabaran dan dugaan, mehnak dan tribulasi yang menguji keimanan kita pada yang Kholiq.

apabila kita ingin ke suatu destinasi yang jauh dengan memilih kaki sebagai kenderaan, kita akan merasa satu cabaran yang hebat untuk kita tempuhi, kerana dalam fikiran kita, kita terpaksa melalui jalan yang kita tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita. selain itu kita akan fikir peritnya menempuhi panasnya bahang matahari, takutnya bertemu dengan perompak, peragut, penjenayah, gerunnya bila bertembung dengan kenderaan besi keluli yang meluncur laju di jalan raya yang mungkin akan melangar kita si pejalan kaki yang lemah, sakitnya melalui jalan yang penuh duri yang terpaksa kita terhinju-hinjut melaluinya.

Itulah hakikat kita hidup di dunia ni. penuh dengan cabaran yang perlu kita tempuhi. hanya islam dan iman sahaja yang dapat menyelamatkan kita sampai ke destinasi yang BAHAGIA.
semoga allah memilih kita sebagai penghuni syurga allah.

nantikan tulisan ana di lain posting huhu

Labels: